REFUND POLICY

TERM

1.1 Polisi Tiada Pemulangan Bayaran

Semua pembayaran yang telah dibuat adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan dalam apa jua keadaan, kecuali jika terdapat isu teknikal seperti caj berganda (double charge). Sekiranya berlaku kesilapan teknikal, anda boleh menghubungi kami dengan bukti pembayaran, dan kami akan memproses pemulangan bayaran yang berkenaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas pengesahan dibuat.

1.2 Pembatalan oleh Pihak Kami

Global Internet Resources berhak untuk membatalkan seminar atau perkhidmatan yang ditawarkan atas apa-apa sebab sekalipun dengan memberikan notis bertulis kepada peserta. Sekiranya pembatalan dibuat oleh pihak kami, anda hanya layak menerima pemulangan semula jumlah bayaran yang telah dibuat tanpa sebarang faedah tambahan. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak berhak menuntut sebarang ganti rugi, kos tambahan, atau pampasan lain yang mungkin ditanggung akibat pembatalan tersebut.

1.3 Pemindahan Tiket

Sekiranya anda tidak dapat menghadiri seminar atau workshop yang telah didaftarkan dan dibayar, anda boleh memindahkan tiket kepada individu lain yang anda namakan. Anda perlu memaklumkan kepada kami secara bertulis sekurang-kurangnya tiga (7) hari sebelum seminar atau workshop bermula dengan memberikan maklumat penuh peserta baharu.


Sekiranya anda ingin menukar tarikh seminar ke sesi lain, anda perlu menghantar permohonan secara bertulis sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum seminar asal bermula. Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Global Internet Resources.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Polisi Pemulangan ini, sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected]

.

Updated: Mac 2025